Thursday, 25 August 2011

Bila Mahu Berganjak?

        Ilmu, sesuatu yang perlu dicari. Tak mungkin datang tergolek-golek, tanpa izin.


Kata Allah Maha Mengetahui, "Bacalah dengan nama Tuhanmu ".

Kata Kekasih Allah sallallahu'alayhiwasallam, " Menuntut ilmu itu kewajipan Muslim".

Kata Pak Hasni, ilmu itu kalau didengar akan dilupa, tetapi kalau dicari , insyaAllah akan lekat di hati.

Kata Mak Cik Fari, "Come on la guys, you were graduated from universities, please do your research to make your pupils more intelligent! Being a teacher is all about strategies. I don't want to spoonfeed you anymore". (Perghh pedas kot!)

Kata Walid, kalau tiada ilmu, macam mana nak didik anak-anak  menjadi khalifah?

Akhir, kata Nabil Ahmad, Lu Fikir La Sendiri.





Wednesday, 24 August 2011

Graduan Ramadhan Yang Berkualitas

     Macam seronok pulak mendengar Fikrah Ramadhan di MHI oleh Ustazah Noor Laila Aniza, tambahan pula hari ini perantaranya ialah Puan Wardina Safiyya. Tajuk yang diutarakan olehnya pagi ini seputar tentang Ibadah 'simple' tapi besar manfaatnya sempena 10 hari terakhir Ramadhan. 
   Antara Ibadah 'simple' yang beliau ingatkan ialah bersahur. Jangan kerana sudah 'terer' berpuasa, so sekarang 'nih'  tak perlu dah bangun bersahur. Ingatlah bahawa niat kita bangun bersahur itu adalah kerana ingin mendapatkan rahmat Allah 'Azza wa Jalla. Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad). 
   Ibadah itu maksudnya luas, setiap gerak geri harian kita asal betul niatnya, itu sudah dikira sebagai ibadah walaupun sekecil-kecil amal, tetapi besar impaknya disisi Allah Yang Esa. Buat para ibu yang tidak berpuasa dek kerna baru melahirkan anak, hehe, usahlah terasa Ramadhan itu tidak bermakna. Setiap saat yang kita luangkan bersama bayi tersayang dengan niat menunaikan amanah Allah, insyaAllah disitu besar ganjarannya. 
   Tidak lupa juga zikir-zikir yang mudah diamalkan, masih boleh dibacai sebagai amalan harian, biar sedikit asal istiqaamah. Contohnya zikir yang ringan di lisan, berat di timbangan. Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman yaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

   Moga kita semua menjadi graduan Ramadhan yang berkualiti, Ameen Ya Rabb.



Boleh juga merujuk ke sini. http://www.facebook.com/notes/moslem-channel/cara-wanita-haid-menghidupkan-lailatul-qadar/10150285958567226

Tuesday, 23 August 2011

Kangen

    " Walid makan bilun, bilun besaar, ada rumah", ayat pertama yang keluar daripada mulut Fakhry pagi ini sejurus bangun daripada tidurnya. Sudah hampir 3 pagi berturut-turut dia menyebut nama Walid. Barangkali tidur malamnya bermimpikan Walid yang dirindui. 
      
      Kasihan Fakhry, rindu kepada Walid yang telah menjaganya dengan penuh kasih sayang selama 2/3 minggu, sepanjang ketiadaan Ummi di sisi. Sampai jadi 'gemok' Fakhry dek kerna Walid yang 'firm' memberinya makan :b. Asalnya, Fakhry diminta untuk dibawa pulang ke kampung, tetapi Walid bertegas tidak mahu menghantar Fakhry ke kampung kerana tidak mahu Fakhry rasa dipinggirkan oleh Ummi dan walid setelah mendapat anak baharu, huhu,  tidak mahu juga Fakhry dipisahkan daripada kami. Bagus 'betol' Walid.

 Sabar 'yea' Fakhry, nak raya nanti Walid baliklah jenguk kita. Ummi pun rindu Walid jugak, hihi :b.


"Bukankah dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang..."

Saturday, 20 August 2011

Tolong Saya

        Bagaimanakah ingin berinteraksi dengan Members? Sudah puas saya menggodam. Sungguh, buta IT.

Abe Berubah ?

          Sekembalinya Fakhry dari jalan-jalan ke Kuantan dengan Atuk dan Ashu, dia terus menunaikan tanggungjawabnya sebagai Abe; buaikan Furqan sambil mengusap-usap kepala adiknya itu. Mengapakah? 

          Mungkin kerana hatinya berbunga gembira, sebab sedari pagi dah jalan-jalan melihat alam dengan Atuk, visit macam-macam tempat pulak tuh; Sungai Kuantan untuk tengok fish, Taman Gelora untuk tengok pantai dan bermain di playground, juga ke Taman Teruntum untuk melihat haiwan ciptaan Allah. Waaaaa seronoknyaaaa! Sampai  saja ke rumah, selain daripada menjaga adik, dia juga bercerita macam-macam makhluk dan tempat yang dia lihat, tanpa henti! Haha. 

Tak mungkin la hari-hari nak entertain Abe begini...

Friday, 19 August 2011

Furqan Day 20


         Tiba-tiba pukul 0930 am, ada orang datang bagi salam. Cuak jugak siapa la datang visit pagi-pagi nih, pakai baju serba putih lak tu. Ooo, Puan Nurse rupanya... Hari ni hari ke-20 Furqan lahir, memang routine nurse di Klinik Kerajaan untuk datang ke rumah puan-puan yang baru melahirkan anak, untuk melakukan pemeriksaan ke atas ibu dan anaknya. Antara hasil pemeriksaan, Alhamdulillah wa Syukr Lillah, berat Furqan telah pun mencecah 4.2 kg pada hari ke-20 nya,  berbanding beratnya pada hari ke-11, 3.46 kg. Alhamdulillah, dengan izin dan kuasaNya, Furqan tidak lagi sakit-sakit macam dulu. 



Alhamdulillah, wassolatu wassalaamu 'ala rasulillah. Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMu, sesungguhnya hanya Engkaulah pemberi penyakit, dan Engkau jua lah yang berkuasa menyembuhkannya. Lindungilah juga anakku daripada segala penyakit. Allahumma Isyfii AntasSyaafiy, La Syifaa'an Illa Syifaa'uka, Syifaa'an La Yughaadiru Saqoma, Ameen Ya Rabb.

Protes!

"Fakhry, cepat kemas toys", marah Ommi. "Tanak!", Fakhry memprotes dengan menyepahkan rumah di pagi hari, lalu merajuk di bawah meja, hahaha! Manakan tidak dia menunjukkan protesnya, dek kerna Ommi tidur berpeluk dengan Furqan daripada malam sampai ke pagi...huhu, bertambah-tambah la nyalaan protesnya itu. Teringat cerita dahulu kala. Walidnya pun sama, bila dapat adik baru, merajuk dan lari duduk di bawah aquarium di kelasnya! LOL

Fakhry a.k.a Abe, Ommi harap Fakhry boleh terima Furqan sikit2 ea, Ommi saaayang korang berdua, mmmmmwwwaaahhhh!

Thursday, 18 August 2011

Anakku Sayang

"Ommi duduk hospital..Ommi sakit..adik pun sakit", kata Fakhry. Touching betul bila Walid tunjukkan video khas dari Fakhry untuk Ommi supaya Ommi tak sedih-sedih lagi berpisah dengannya sepanjang Ommi berada di hospital. Fakhry sudah besar dan faham rupanya walaupun belum mencapai umur 3 tahun, tetapi tetap masih belum bersedia menerima kelahiran adiknya, Furqan. Inilah anak sulung kesayanganku, Fakhry. 


"Rabbanaa Hablana Min Azwaajina Wa Zurriyaatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil Muttaqeena Imaama" ~ Ameen Ya Rabb