Macam seronok pulak mendengar Fikrah Ramadhan di MHI oleh Ustazah Noor Laila Aniza, tambahan pula hari ini perantaranya ialah Puan Wardina Safiyya. Tajuk yang diutarakan olehnya pagi ini seputar tentang Ibadah 'simple' tapi besar manfaatnya sempena 10 hari terakhir Ramadhan.
Antara Ibadah 'simple' yang beliau ingatkan ialah bersahur. Jangan kerana sudah 'terer' berpuasa, so sekarang 'nih' tak perlu dah bangun bersahur. Ingatlah bahawa niat kita bangun bersahur itu adalah kerana ingin mendapatkan rahmat Allah 'Azza wa Jalla. Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Ibadah itu maksudnya luas, setiap gerak geri harian kita asal betul niatnya, itu sudah dikira sebagai ibadah walaupun sekecil-kecil amal, tetapi besar impaknya disisi Allah Yang Esa. Buat para ibu yang tidak berpuasa dek kerna baru melahirkan anak, hehe, usahlah terasa Ramadhan itu tidak bermakna. Setiap saat yang kita luangkan bersama bayi tersayang dengan niat menunaikan amanah Allah, insyaAllah disitu besar ganjarannya.
Tidak lupa juga zikir-zikir yang mudah diamalkan, masih boleh dibacai sebagai amalan harian, biar sedikit asal istiqaamah. Contohnya zikir yang ringan di lisan, berat di timbangan. Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman yaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)
Moga kita semua menjadi graduan Ramadhan yang berkualiti, Ameen Ya Rabb.
Boleh juga merujuk ke sini. http://www.facebook.com/notes/moslem-channel/cara-wanita-haid-menghidupkan-lailatul-qadar/10150285958567226

No comments:
Post a Comment