" Walid makan bilun, bilun besaar, ada rumah", ayat pertama yang keluar daripada mulut Fakhry pagi ini sejurus bangun daripada tidurnya. Sudah hampir 3 pagi berturut-turut dia menyebut nama Walid. Barangkali tidur malamnya bermimpikan Walid yang dirindui.
Kasihan Fakhry, rindu kepada Walid yang telah menjaganya dengan penuh kasih sayang selama 2/3 minggu, sepanjang ketiadaan Ummi di sisi. Sampai jadi 'gemok' Fakhry dek kerna Walid yang 'firm' memberinya makan :b. Asalnya, Fakhry diminta untuk dibawa pulang ke kampung, tetapi Walid bertegas tidak mahu menghantar Fakhry ke kampung kerana tidak mahu Fakhry rasa dipinggirkan oleh Ummi dan walid setelah mendapat anak baharu, huhu, tidak mahu juga Fakhry dipisahkan daripada kami. Bagus 'betol' Walid.
Sabar 'yea' Fakhry, nak raya nanti Walid baliklah jenguk kita. Ummi pun rindu Walid jugak, hihi :b.
"Bukankah dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang..."

No comments:
Post a Comment